no comments

“Tolong Bang..Tolong” – Jeritan Sayu Pelajar Tahfiz Minta Tolong Buat Saksi Kejadian Terkilan

“Tolong Bang..Tolong” – Jeritan Sayu Pelajar Tahfiz Minta Tolong Buat Saksi Kejadian Terkilan |Berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi tadi amat menyayat hati ramai rakyat. Salah seorang saksi yang juga penduduk berdekatan pusat tahfiz tersebut berkata dia terkejut dari tidur apabila terdengar teriakan orang menjerit terbakar.

Shahirman Shahril berkata api marah ketika menjelang azan subuh dan suasana ketika itu masih gelap. Ramai penduduk setempat berusaha untuk membantu pelajar-pelajar tahfiz yang terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Kaedah paling senang dan cepat untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti psoriasis,ekzema,ruam pada bayi,kurap,demam campak dan pelbagai jenis lagi penyakit kulit... 

Klik gambar dibawah untuk info lanjut


“Ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melecur. Kami tak dapat bantu banyak kerana api marak.

“Ada beberapa kawan jiran nak naik tingkat atas. Tapi, sampai tingkat aje sebab api terlalu marak. Ketika itu, kami difahamkan ramai yang terperangkap.

“Ada menangis, menjerit, kepanasan, tolong abang, tolong abang.”

Tambahnya lagi, sehingga kini jeritan meminta tolong dari mangsa masih terngiang-ngiang di telinganya.

Menurut seorang lagi saksi, Hazen, dia terkilan kerana tidak dapat membantu pelajar tahfiz tersebut.

“Saya sedih tidak dapat membantu walaupun nampak mereka melambai-lambai meminta tolong dari tingkat atas”

Sementara itu, menurut seorang lagi saksi Baharuddin Sudin berkata, jeritan meminta tolong tiba-tiba menjadi senyap selepas 20 minit kebakaran berlaku dan asap hitam keluar.

loading...

Ada pelajar tahfiz turut terjun dari tingkat satu untuk menyelamatkan diri. Seorang pelajar yang terselamat nekad untuk keluar mengikut tingkap dan berpaut pada batang paip untuk turun dari tingkat satu. Dia dan 13 pelajar lain berjaya menyelamatkan diri.

Berdasarkan laporan awal DBKL, pelan kedudukan tahfiz berkenaan belum lulus kerana tidak mengikuti spesifikasi keselamatan. Ini menyebabkan ramai pelajar gagal keluar kerana mempunyai satu pintu manakala gril tingkap pula dikunci. – www.kakishare.tv

Comments